follow?oh,my pleasure.

Sunday, January 22, 2012

keajaiban keibuan.

Assalamualaikum.

2 minggu ni aku berkampung dekat sik.kalau orang orang panggil tempat jin bertendang.takde apa pun dekat sini.tempat dikelilingi bukit.hospital kecik macam klinik.pesakit kat sini mostly kerja penoreh,isteri surirumah tangga. Anak pulak berderet deret.ehem.





Kat sik ni aku posting dekat wad dan bilik bersalin.setakat ni aku hanya mampu melihat dan tolong tolong sikit je la.nak conduct sendiri,emm alaaa.takla kot.belum masanya lagi.esok lusa insyaAllah.baru je tengok dua kelahiran secara live sebab kebanyakan lahir masa kami tak kerja.wah.sungguh nampak sakit sangat.seksa sangat nak keluarkan seorang budak dari dalam perut ni.hebat seorang wanita itu mampu keluarkan seorang lelaki dari tempat yang orang takkan mampu bayangkan sebab memikirkan kesakitan yang amat sangat. Tapi sungguh,bila tengok orang beranak rasa teringin merasa.tapi takut.tapi teringin.ah tunggu lah bila tiba masa.heww



.google.





Dari sekecil kecil akan berubah menjadi besar untuk membolehkan seorang budak keluar.hebat.Allah itu hebat.ibu emak mama umi juga hebat.mampu keluarkan kita dan besarkan kita.mati semasa melahirkan tu mati syahid.insyaAllah.





Mak aku hebat.mak aku kuat.dapat keluarkan aku dan yang lain tanpa masalah.sakitnya peritnya aku tak tahu.yang aku nampak ibu akan berhenti mengerang kesakitan lepas aje dengar bunyi anak menangis.hebat.nampak macam semua kesakitan tu hilang macam tu aje.ajaib.





Bayangkan bila kita masing masing dah besar dah ada keluarga dan kerjaya masing masing akan jauh dari ibu mama umi mak.ada pula yang sanggup tinggalkan ibu mama umi mak dekat rumah orang orang tua.ada juga pesen yang sanggup halau mak ayah keluar dari rumah yang besar yang baru beli tu.nauzubillah.minta kami dijauhkan Ya Allah.













Ya Allah,kau panjangkanlah umur kedua ibubapa kami agar sempat kami berbakti kepada mereka.Kau kasihilah ibu bapa kami seperti mana mereka mengasihi kami sewaktu kecil.Kau ampuni lah dosa mereka.










No comments: