follow?oh,my pleasure.

Friday, July 26, 2013

i miss you bonbonboncet!




assalamualaikum

its been awhile.a year to be exact.setelah sekian lama akhirnya aku berjaya bukak balik this memorable bonbonboncet.omg how i miss you.reading all the old post buat aku rindu.malu pun ada dengan entry entah apa apa dulu.kehkeh.ah abaikan.

sekarang 26 julai 2013,aku bukan lagi seorang pelatih kolej.aku sudah beberapa bulan berkhidmat sebagai hamba kerajaan.a government servant.dan kita sekarang berada dalam bulan ramadhan.baca entri terakhir aku.bulan ramadhan kan?hehe

Hospital Raja Permaisuri Bainun tempat aku berkhidmat memerah keringat sekarang.hell of ppw they said.its not that bad.but its bad.no offense.hahah.hanya orang yang kuat saja boleh bertahan.dan aku tak rasa aku orang kuat tu.kadang kadang kalah dengan keadaan sekeliling.dengan diri sendiri.

untuk beberapa bulan berada kat Ipoh,banyak benda dah jadi.making new friends,memories,tons of works,coping with stress,belajar benda baru,blablabla.its a life experience.paling jijik pernah aku buat adalah menangis depan orang ramai sebab tak dapat balik rumah.see how stress i am?last aku menangis sebab homesick adalah masa baru masuk asrama masa form one.

dan terbaru adalah aku menangis sampai bengkak mata hilang kejantanan hilang kemaluan bila aku tengok jadual cuti raya,cuti aku tak diluluskan.actually, aku ingat aku mampu bertahan tak balik raya tapi tidak.ini semua sebab expectation yang terlalu tinggi.aku kan baru sekali balik rumah sepanjang beberapa bulan ni.so possibility aku balik raya tinggi.tapi takdak rezeki.

mula mula memang sedih.nak marah.semua perasaan bercampur.call mak nangis nangis.terkejut mak mana pernah aku call sambil nangis.wkwkwk.mak dengan penuh redha bagi semangat,ni la dugaan time kerja.hmmm,okay i get it.ada hikmah di sebalik setiap kejadian. krik krik krik sedapkan hati.



*raya pertama kerja double shif.pagi petang aku kat hospital.hmm,agak agak bengkak lagi tak mata aku?dasar perempuan murah dengan air mata.pfftttt





Saturday, July 21, 2012

keluhan ramadhan.

assalamualaikum




tudiaaa ramadhan datang lagi.kali ini lebih meriah sebab semakin ramai ustaz ustazah menyampaikan tazkirah melalui laman sosial.alhamdulillah,semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan memberi seribu satu juta kebaikan bagi kite.marilah same same mengimarahkan surau surau dengan bersolat terawikh ya kawan kawan.




dalam pada lambakan tazkirah di laman sosial,tidak kurang juga terdapat keluh kesah beberapa orang yang aku kenal,yang aku tak kenal.sungguh sedih keluhan masing masing.puasa pertama tanpa family.kasihan betul aku dengan mereka.mungkin mereka tak pernah berjauhan dengan keluarga lantas bulan ramadhan ini menjadikan mereka sedih sayu tak puasa dengan keluarga.sabar ya.





tapi kan sebenarnya keluhan melampau dekat facebook ni annoying tahu.yang banyak keluhan nya mereka yang duduk masih dalam malaysia.takdak pulak aku tengok status kawan yang duduk oversea up status "SEDIHNYAAAA PUASA DI PERANTAUAN." tak payah kecoh kecoh adik kakak.tak puasa dengan family,bulan puasa sebulan jugak.bukannya bertambah jadi 2 bulan ye adik kakak.tak payah nak mengeluh sangat.










hujung bulan puasa mesti punya lah kau orang balik.kan menyempat tu nak puasa dengan family.dan pasti akan ada yang up status "ALHAMDULILLAH,NIKMATNYA BERPUASA DENGAN FAMILY." -.-'















Saturday, May 19, 2012

girls day out!

assalamualaikum.


kelmarin 17 mei 2012 tiba tiba cek dalam akaun Affinbank ada duit.durian runtuh katanya.jadi kami yang kebosanan ni mula la mereka jalan cerita untuk menghilangkan kebosanan yang melampau.dengan mengajak beberapa orang sahabat sekapal,maka terjadi lah satu episod cerita cuti yang oh sem! :)



dengan tanpa perancangan rapi,call cik lia tauke salon merangkap juga tauke kereta sewa.jyeah,sewa untuk setengah hari.where to go?padang besar.it's a girls day out.konon kononnya balik dari padang besar nak menyinggah gua kelam.mandi manda sana.so apa lagi,bawaklah pakaian! :)











macam biasa,aku memang jadi pemandu tetap pun kalau keluar dengan si ika nih.tapi takpa,gua suka drive.hew hew hew.perjalanan ke padang besar makan masa err err.entah.disebabkan terlalu asyik membeli dan membelah di sana maka sekeping gambar pun tak terambil.lagipun padang besar tu tempatnya panas.maka memang buang tabiatlah kalau tengah tengah panas nak bergambar kan.hew












dah panas panas mandi peluh kat padang besar.tukar driver dan piuuuu!terus ke gua kelam.tukar tukar baju and cebushhhh!berenang renang anak dalam air yang dalamnya memang langsung tak boleh melemaskan sape sape.paling kesian mira lah.orang suruh bawak baju tak bawak.kan dah terpaksa jadi jurugambar.kakaka






manusia paling kesian tak dapat mandi dah kena penyakit kuning.hahah







lepas siap siap mandi dalam pukul 6 petang tu,then perut tiba tiba kriuk kriuk macam bunyi bawang goreng mi sedap.drive balik dan lalu jalan kuala perlis.tiba tiba idea keluar. "jom makan kat kuala perlis!" dengan tanpa ragu ragu driver pun pusing.yeayyyy.makan besar! :D











macam macam gaya buat depan makanan.katanye ada orang tengok.takpe,buat jakun sekali sekala.lepas ni tak pergi dah kann.haha.siakap tiga rasa,sotong celup tepung,kerang bakar,tomyam seafood,telur dadar,PETAI BAKAR,air satu jag.erk.alhamdulillah!terima kasih ya Allah.kenyang sangat. :) semua sekali rm80.tong tong aa ramai ramai.maklum lah,nak harapkan satu kepala payung memang takla kan.tunggu kerja nanti aku belanja okeh!hewhew























cer teka apa ni?hewhew






TERIMA KASIH YA ALLAH sebab lancarkan perjalanan kami.terima kasih semua sebab sudi join plan yang tak ter-plan ni!dan sekarang aku sedang tak sabar untuk ke sarawak.semoga plan berjalan lancar.aamiin! :)









Wednesday, May 16, 2012

wordless wednesday.

assalamualaikum


ini kisah pelarian sendirian membawa diri dan hati yang luka lara.acah acah pelancong di pulau pinang.nyehnyeh













okbye. (-,.-)





Thursday, May 10, 2012

eat shit and die.

assalamualaikum.


bila orang membantu mohon ucap terima kasih.bukan menghodohkan muka menyalahkan.

bila dengar sesuatu,mohon dengar sebelah pihak lagi.bukan terus melatah melulu.

bila tengok sesuatu,mohon jangan menyebarkan kalau rasa tak berapa nak tahu.

bila sudah makan tahi,mohon gosok gigi.sebab mulut anda busuk.


kalau boleh bagi anugerah,aku akan anugerahkan kau anugerah radio buruk terhebat abad ini.penyampai khabar angin terpantas,terhebat.tahniah. :)



 Rumours are carried by haters, spreaded by fools, and accepted by idiots..







Thursday, April 19, 2012

let them go.

when people can walk away from you
let them go.
don't try to talk that person into staying with you, loving you, calling you, caring about you, coming to see you, staying attached to you.
let them go.
your destiny is never tied to anybody that left.
people leave you because they are not joined to you.
and if they are not joined to you, you can't make them stay.
let them go.
and it doesn't mean that they are a bad person it just means that their path in YOUR story is over.
and you've got to know when people's part in your story is over
so that you don't keep trying to raise the dead.
let them go.
you've got to know when it's over.
let them go.




stop begging people to stay.
let them go.






copy and write back. :')

Monday, April 16, 2012

never better.

Assalamualaikum


Selepas beberapa ketika berada dalam keadaan lemah.sakit.sedih.alhamdulillah i feel much better now.sekarang aku dah boleh terima that everything happened for a reason.i can be alone in any situation.inshaAllah i can. J  i'm having so much fun these few back days.thanks to you,you and you for making me feel better.



I used to be so damn down before so i decided to run away to my sister.the one who give me a new way of thinking about friend.thank youuuu.



meeting my siblings.meeting my sweetsour.that's make me feel better.













































 whats make me feel better?berjalan lah.cicici.somebody please take me somewhere.again!







the best thing that making me happy.bobo and beby.wish you're okay there.





...





thank u.thank u.thank u. <3








the saddest part in this april is my birthday sangat hambar tahun ni.the third year is the worst year.but still i got the cute yummy cake.and nice bracelet from my eika and amni.thank you.thank you for remembering me.hihi
















Friday, March 30, 2012

i'm weak. *pengsan






assalamualaikum.



dimaklumkan bahawa sekarang aku sedang berada di bahagian paling bawah dalam hidup aku kat sini.sebabnya?hanya orang yang terlibat tahu.puncanya?hanya orang yang ada hati tahu.jadi barangsiapa yang mahu mengambil kesempatan di atas kelemahan ini dipersilakan.kerana aku akan hanya menyengih atau akan buat tak tahu sahaja.atau mungkin akan mencarut benci dalam hati.hurm,depend.



nak tahu berapa bawah aku ada sekarang?bayangkan roda basikal.roda tu berpusing.sekali.dua kali.tiga kali.ketiga tiga kali tu ada kat bawah.sudahlah kat bawah,tayarnya bocor pula.even orang yang selalu support aku pun hilang sudah.yang ada hanya mereka mereka yang menjadi tukang nasihat,tukang pendengar yang setia.terima kasih diucapkan.kalian membantu meringankan beban.bagi mereka yang tidak terlibat mohon jangan nak masuk campur sebab aku tak mess up dengan kamu kamu semua.



salah siapa?salah aku.sebab terlalu sensitif.oh ya.terlalu amat sensitif jiwa ni.seorang sahabat cakap biasalah tu,memang akan ada perasaan cemburu tu.jujur,memang terlalu kuat perasaan cemburu dalam diri aku.dan secara logik akalnya kalau seseorang tu takda makna dalam hidup kita,takkan wujud sekelumit pun perasaan cemburu tu kan?merepek?mungkin bagi sesetengah orang tapi tak bagi aku.mungkin lebih mudah jika aku sama tarafkan kasih sayang antara semua.sama rata kan.jadi cemburu pun buang karen aja.jyeah,mohon kuat musfirah.kuat kuat.





yang berada di atas.jangan terlalu asyik.jangan lupa mereka yang ada dengan kita sewaktu kita di bawah dulu.atau mungkin ada mereka mereka yang tak pernah berada dibawah? *wonder.tet tet tet













Saturday, March 24, 2012

big fat friend.

assalamualaikum.



biasa tak dengar perkataan BFF? best friend forever.jyeah.sapa ada BFF?



bagi aku,aku tak percaya pada perkataan BFF ni.cuba kira berapa ramai kawan kita yang kita cakap BFF tu?dari zaman kecik sampai besar.berapa ramai BFF kita ada?mungkin sesetengah tu ada,kawan yang dari kecik sampai besar.satu tu jela kawan yang dia ada.untuk curhat segala masalah,untuk kongsi idea,pendapat rahsia.masing masing ada untuk satu sama lain,dan tak pernah berubah.ada,memang ada.



berapa ramai pulak yang kita yang kita ada sekarang yang kita rasa kawan sekepala,sekaki kita?aku ada.ramai masa sekolah dulu.si a,si b,si c.semuaaa aku rasa akan stay in contact tak kira berapa jauh pun jarak kami.even dengan kawan sekarang pun aku rasa macam tu.sebab aku rasa friendship kami kuat gilaa.walaupun tak pernah cakap tapi sayang gila dekat sorang sorang yang aku jumpa sepanjang perjalanan hidup ni.tapi apa?jarak memang memisahkan.and walaupun still contact,the friendship will never be the same.




kalau time nak berpisah mesti akan ada ayat ayat clise ni. "nanti jangan lupa contact contact nanti tau." but then,after awhile.a berubah.b berubah.even aku sendiri berubah.masing masing akan berubah and find new friend.make new friendship.lost contact.so mana dia best friend forever tu?dengan kawan baru pulak?haruslah.sebab tu aku rasa term BFF ni macam tak sesuai.kita akan meng-best kan kawan kita kalau kita dekat dan sentiasa dekat dengan dia.tak kisahla walau jauh jarak,sentiasa contact,then masih dikira dekat kan.kalau dah jauh,best tang mana?friends forever sounds better.



aku pesen yang akan stick dengan kawan rapat aku sepanjang aku kat satu satu tempat sebab aku tak reti nak create new close friendship dekat tempat yang sama.will stick till the end.lepas selesai kehidupan kat tempat tu memang akan stay contact,but biasanya it does't last forever.memang,kalau boleh nak sentiasa maintain kan hubungan tu,tapi bila sampai satu masa,kau bz,aku bz.tut.tut.tuttt.tapi ya,kenangan memang akan sentiasa dalam kepala.dalam pendrive pun banyak ni ha.so,jangan lupa sandarkan pada kenangan na.hew hew














friend is forever.best friend come and go.best friend made a good friendship.best friend separated.find new best friend.make new friendship.separated again.memories remain.







Thursday, March 15, 2012

perasan artis.

assalamualaikum.


yo ore ore kapung sekalian.lame sungguh tak meng-update blog yang ku katakan sweet-like-candy ni.nyehehehe.sekarang aku posting dekat pkd kubang pasu.so far,takde apa apa aktiviti lagi yang kitorang join melainkan makan dan tido dan menghabiskan duit yang tinggal beberapa sen je lagi tu.elaun oh elaun,diharapkan elaun masuk sama tarikh dengan gaji so that kami boleh berjoli lagi.muehehehe.



cuti midsem baru baru ni aku rasa aku berjaya jadi anak yang baik.sebab aku bangun pagi gila untuk siram pokok,kemas rumah blablabla.sebenarnya memang mata tak bole nak tutup dah lepas semayang subuh.semenjak posting kat kangar,kena bangun awal pagi,memang sampai sekarang jadi tak boleh tidur lama .mesti tersedar pastu tak boleh tidur dah.kira skang dah jadi lebih produktif la.KONONnya la.hew.



assignment HSR,case study,laporan epid apebende tak siap lagi.sekarang aku on tikosmondok 24/7.mengarut,curhat sekor sekor,meroyan semue dekat situ.come and lets meroyan sama sama. :D















kbye

Tuesday, February 21, 2012

20/2 . . .

20/2/1941

Che Dah binti Senapi lahir kedunia.29/11/2008,she gone forever.she's the one yang jaga aku dari kecik,lepas mak aku habis pantang sampaila aku besar.sampai aku 17 tahun.she my mom.my second mom.bila je aku dapat tahu dia dah pergi,histeria.hampir histeria aku.sedih.menyesal sebab tak habis kan masa dengan dia.menyesal sebab langsung tak perasan.banyak tanda yang dia tunjuk sebelum dia pergi.pada anak anak dia.pada aku.tapi kami tak perasan langsung.semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.amin.




20/2/2012

Najla Nawwarah binti Muhammad Muzhafar lahir kedunia.she the only anak sedara yang aku ada sekarang.perasaan?nak melompat.nak terbang pergi sarawak tengok anak saudara.tapi kan tak mungkin.paling paling pun aku boleh tengok dia live masa dah besor.besor dari sekarang.kesian kan.tu la,duduk nak jauh.kesian itew nak tengok anak sedare pun payah. :(






Tuhan Maha Kaya. Dia ambil satu, Dia bagi satu. mungkin bukan satu. tapi dua,tiga,empat,lima.alhamdulillah.terima kasih ya Allah sebab selamatkan kedua dua kakak dan anaknya.tempatkan lah arwah dalam kalangan orang yang beriman.inshaAllah.amin amin.ya rabbul alamin.










Monday, February 6, 2012

bila dah kerja nanti . . .

assalamualaikum.

pejam celik pejam celik aku dah sem 5.tinggal satu sem je lagi untuk belajar.lepas tu ppw lepas tu kerja.walaupun dah sem 5 tapi still,bengapbengap lagi.serius. ;(



tak sabar rasa nak habis belajar ni.tak sabar nak start hidup dalam alam baruuuu.alam pekerjaaaaaan.ececece,macam orang tua lah pulak.tapi bila fikir,dah bersedia ke?hurmmm.inshaAllah sikit hari bersedia lah. :D



banyak plan dalam kepala otak ni.bila dah kerja nak buat itu,ini,itu,ini.hurmmm.



itu . . . ini . . . itu . . . ini . . .



1) dah kerja pertama sekali mestilah,haruslah aku nak beli kereta sebijik.mudah lee nak bergerak kesana kesini.


2) dah kerja nanti aku nak beli handphone canggih sikit laaa.time belajar ni belajar handphone cikai cikai takpaaa.

3) dah kerja nanti nak buat loan beli rumah sebijik.ada duit banyak belilah 2 bijik ke,3 bijik ke.kann. (-..- )


4) dah kerja nanti aku nak spent coti coti tu nak belanja mak ayah makan luarr.ups,bukan makan luar lain naaa.spent time as much as i can when they still breathing.


5) dah kerja nanti kalau boleh nak buat overtime banyakbanyak.masyukkk.mak kata zaman bujang senang.attend kursus itu,ini.dah kawin payahhh.


6) dah kerja nanti aku nak simpan duit.buat kawinn.perempuan pun kena simpan duit okay sekarang ni.walaupun sebenarnya nak buat majlis as simple as i can.


7) dah kerja nanti nak pergi coti coti malaysia dengan kawan kawan.time belajar ni susah.takda transport. ;(


8) dah kerja nanti nak pergi SARAWAK melawat anak buah.time belajar ni cuti tak fix.susah betei.haiyaaa. teruk betul tunggu kerja baru nak pergi.hahah!


9) sambung degree.dah cukup syarat semua inshaAllah aku nak sambung degree.inshaAllah kalau rajinnn. :D


10) dah kerja nanti,bila dah rasa cukup segalanya,puas dengan diri sendiri, kawinlah apa lagi.hihi.wahai bakal suami,sila simpan duit banyakbanyak sikit sebab nanti guna duit awak yang banyak.duit saya untuk topup topup sikit jeee.kehkehkeh






penolong pegawai perubatan pelatih perempuan kolej pembantu perubatan alor setar yang ohsemmmm.












tiada lagi.

Sia sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda
Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai di sini
Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu










    Thursday, February 2, 2012

    ringtone.bahasa jiwa bangsa.

    assalamualaikum.



    selalu kalau kita keluar pergi mana mana mesti akan ada kaum kaum utama malaysia kan.melayu.cina.india.cuma ada satu kepelikan kalau time dengar ringtone handphone kaum kaum ni.yang biasa aku dengar adalah . . .







    ini.biasaaa sangat.kaum itu dengan ringtone tamil or hindustan.biasa biasa.






    kaum ni dengan lagu lagu catchy or tradisional bahasa dia?punnnn biasala.kaum diaaa.







    kaum ni.eh ini yang pelik.aik?kenapa?tepuk dada tanya,sakit ke takk?kehkehkeh










    ihik ihik.kan bahasa jiwa bangsa.








    bukan main besor aku tempek gambo. (-..- ')

    Wednesday, January 25, 2012

    Sunday, January 22, 2012

    orang kecil di bulan satu.



    assalamualaikum.



    sekarang dah tengah bulan.nak masuk bulan dua.dalam bulan satu ni ada lah jugak kawan kawan sedara mara menyambut birthday mereka.dengan ini nak amek kesempatan untuk ucapkan Selamat hari lahir! semoga panjang umur murah rezeki dan sentiasa berada bawah lindungan Allah swt hendaknya. 




    yang aku nak highlight kat sini adalah,orang orang yang lahir bulan satu ni semua kecik kecik tahu tak.bukan kecik apa,saiz badan diorang semua kecik kecik.ketot ketot.kurus kurus.keding kedingggg aje.mula mula kawan aku cakap macam tu just anggap kebetulan aje.lepas tu eh,betul jugak.see the pictures for the evidence.









    08/01/2012 - 22 years young (diana yusoff)





    10/01/2012 - 21 years young (aisyah isnon)





    10/01/2012 - 21 years young (aidah  ismail - kanan tuu)





    17/01/2012 - 21 years young (karimah mamat)





    19/01/2012 - 19 years young (izzaty shazwany)






    20/01/2012 - 25 years old muahahaha (maisarah yusoff)





    26/01/2012 - 21 years young (salha mohamad)






    ada lagi.norfatihah hamzah 15/01/2012,pun kecik.tapi gambanya sorry,cannot.heww.



    tapi ini untuk perempuan aje.sebab aku tengok lelaki yang lahir bulan ni.emmm semua tak kecik.lonjong ada,besaq gedabak ada.so,conclusion?perempuan lahir bulan satu kecik,lelaki besar.boleh?hahahaha








    alahai untungnya yang kecik kecik tuu. (-..- ')