follow?oh,my pleasure.

Friday, July 26, 2013

i miss you bonbonboncet!




assalamualaikum

its been awhile.a year to be exact.setelah sekian lama akhirnya aku berjaya bukak balik this memorable bonbonboncet.omg how i miss you.reading all the old post buat aku rindu.malu pun ada dengan entry entah apa apa dulu.kehkeh.ah abaikan.

sekarang 26 julai 2013,aku bukan lagi seorang pelatih kolej.aku sudah beberapa bulan berkhidmat sebagai hamba kerajaan.a government servant.dan kita sekarang berada dalam bulan ramadhan.baca entri terakhir aku.bulan ramadhan kan?hehe

Hospital Raja Permaisuri Bainun tempat aku berkhidmat memerah keringat sekarang.hell of ppw they said.its not that bad.but its bad.no offense.hahah.hanya orang yang kuat saja boleh bertahan.dan aku tak rasa aku orang kuat tu.kadang kadang kalah dengan keadaan sekeliling.dengan diri sendiri.

untuk beberapa bulan berada kat Ipoh,banyak benda dah jadi.making new friends,memories,tons of works,coping with stress,belajar benda baru,blablabla.its a life experience.paling jijik pernah aku buat adalah menangis depan orang ramai sebab tak dapat balik rumah.see how stress i am?last aku menangis sebab homesick adalah masa baru masuk asrama masa form one.

dan terbaru adalah aku menangis sampai bengkak mata hilang kejantanan hilang kemaluan bila aku tengok jadual cuti raya,cuti aku tak diluluskan.actually, aku ingat aku mampu bertahan tak balik raya tapi tidak.ini semua sebab expectation yang terlalu tinggi.aku kan baru sekali balik rumah sepanjang beberapa bulan ni.so possibility aku balik raya tinggi.tapi takdak rezeki.

mula mula memang sedih.nak marah.semua perasaan bercampur.call mak nangis nangis.terkejut mak mana pernah aku call sambil nangis.wkwkwk.mak dengan penuh redha bagi semangat,ni la dugaan time kerja.hmmm,okay i get it.ada hikmah di sebalik setiap kejadian. krik krik krik sedapkan hati.



*raya pertama kerja double shif.pagi petang aku kat hospital.hmm,agak agak bengkak lagi tak mata aku?dasar perempuan murah dengan air mata.pfftttt





Saturday, July 21, 2012

keluhan ramadhan.

assalamualaikum




tudiaaa ramadhan datang lagi.kali ini lebih meriah sebab semakin ramai ustaz ustazah menyampaikan tazkirah melalui laman sosial.alhamdulillah,semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan memberi seribu satu juta kebaikan bagi kite.marilah same same mengimarahkan surau surau dengan bersolat terawikh ya kawan kawan.




dalam pada lambakan tazkirah di laman sosial,tidak kurang juga terdapat keluh kesah beberapa orang yang aku kenal,yang aku tak kenal.sungguh sedih keluhan masing masing.puasa pertama tanpa family.kasihan betul aku dengan mereka.mungkin mereka tak pernah berjauhan dengan keluarga lantas bulan ramadhan ini menjadikan mereka sedih sayu tak puasa dengan keluarga.sabar ya.





tapi kan sebenarnya keluhan melampau dekat facebook ni annoying tahu.yang banyak keluhan nya mereka yang duduk masih dalam malaysia.takdak pulak aku tengok status kawan yang duduk oversea up status "SEDIHNYAAAA PUASA DI PERANTAUAN." tak payah kecoh kecoh adik kakak.tak puasa dengan family,bulan puasa sebulan jugak.bukannya bertambah jadi 2 bulan ye adik kakak.tak payah nak mengeluh sangat.










hujung bulan puasa mesti punya lah kau orang balik.kan menyempat tu nak puasa dengan family.dan pasti akan ada yang up status "ALHAMDULILLAH,NIKMATNYA BERPUASA DENGAN FAMILY." -.-'















Saturday, May 19, 2012

girls day out!

assalamualaikum.


kelmarin 17 mei 2012 tiba tiba cek dalam akaun Affinbank ada duit.durian runtuh katanya.jadi kami yang kebosanan ni mula la mereka jalan cerita untuk menghilangkan kebosanan yang melampau.dengan mengajak beberapa orang sahabat sekapal,maka terjadi lah satu episod cerita cuti yang oh sem! :)



dengan tanpa perancangan rapi,call cik lia tauke salon merangkap juga tauke kereta sewa.jyeah,sewa untuk setengah hari.where to go?padang besar.it's a girls day out.konon kononnya balik dari padang besar nak menyinggah gua kelam.mandi manda sana.so apa lagi,bawaklah pakaian! :)











macam biasa,aku memang jadi pemandu tetap pun kalau keluar dengan si ika nih.tapi takpa,gua suka drive.hew hew hew.perjalanan ke padang besar makan masa err err.entah.disebabkan terlalu asyik membeli dan membelah di sana maka sekeping gambar pun tak terambil.lagipun padang besar tu tempatnya panas.maka memang buang tabiatlah kalau tengah tengah panas nak bergambar kan.hew












dah panas panas mandi peluh kat padang besar.tukar driver dan piuuuu!terus ke gua kelam.tukar tukar baju and cebushhhh!berenang renang anak dalam air yang dalamnya memang langsung tak boleh melemaskan sape sape.paling kesian mira lah.orang suruh bawak baju tak bawak.kan dah terpaksa jadi jurugambar.kakaka






manusia paling kesian tak dapat mandi dah kena penyakit kuning.hahah







lepas siap siap mandi dalam pukul 6 petang tu,then perut tiba tiba kriuk kriuk macam bunyi bawang goreng mi sedap.drive balik dan lalu jalan kuala perlis.tiba tiba idea keluar. "jom makan kat kuala perlis!" dengan tanpa ragu ragu driver pun pusing.yeayyyy.makan besar! :D











macam macam gaya buat depan makanan.katanye ada orang tengok.takpe,buat jakun sekali sekala.lepas ni tak pergi dah kann.haha.siakap tiga rasa,sotong celup tepung,kerang bakar,tomyam seafood,telur dadar,PETAI BAKAR,air satu jag.erk.alhamdulillah!terima kasih ya Allah.kenyang sangat. :) semua sekali rm80.tong tong aa ramai ramai.maklum lah,nak harapkan satu kepala payung memang takla kan.tunggu kerja nanti aku belanja okeh!hewhew























cer teka apa ni?hewhew






TERIMA KASIH YA ALLAH sebab lancarkan perjalanan kami.terima kasih semua sebab sudi join plan yang tak ter-plan ni!dan sekarang aku sedang tak sabar untuk ke sarawak.semoga plan berjalan lancar.aamiin! :)